Disamping
kita mula menggarapkan perancangan sebuah fasa baru dalam sejarah
negara ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima
kasih kepada insan yang begitu penting dalam hidup saya, iaitu bonda,
Tun Rahah Mohd Noah.
Sejak dari kecil lagi saya diingatkan oleh
bonda saya supaya menjadi insan berguna yang mampu memberi sumbangan
kepada masyarakat. Kami lima adik beradik selama ini dibesarkan dengan
penuh kasih sayang malah bonda saya sentiasa bersabar dengan karenah
kami sepanjang zaman kanak-kanak kami.
Saya harap anda
meluangkan masa hujung minggu ini untuk menunjukkan penghargaan anda
terhadap para ibu dalam kehidupan kita semua. Selamat Hari Ibu.
(Source: Najib Razak Facebook)
No comments:
Post a Comment