Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Hari ini adalah hari yang paling bersejarah dalam
hidup saudara dan saudari kerana berjaya menjadi pelajar-pelajar baru
Universiti dan akan menjadi warga kampus. Saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada ibu bapa saudara dan saudari yang
semestinya menjadi orang yang paling gembira ketika ini.
Para mahasiswa dan mahasiswi yang saya kasihi sekalian,
Sebagai anak muda yang berilmu, saudara/saudari
menjadi harapan negara, untuk menjadi pewaris negara di masa hadapan.
Oleh itu harapan saya dan seluruh kepimpinan negara, ambillah peluang
dan kesempatan yang ada sekarang untuk menciptakan kecemerlangan
akademik, tingkatkan pengetahuan yang ada, pupukkan budaya inovasi,
kreativiti, kesukarelawan serta aspirasi universiti; dan yang paling
penting sematkan perasaan cintakan agama, bangsa dan negara serta budaya
bersyukur dan berterima kasih senantiasa. Kemajuan negara yang kita
kecapi sekarang sejak tahun 1957, bukan dibina dengan sekelip mata
tetapi ia dibina atas pengorbanan dan usaha yang berterusan oleh
kepimpinan kerajaan yang sedia ada sejak merdeka lagi. Jadi, marilah
kita bersama-sama teruskan masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.
Akhir kata, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada
saudara dan saudari kerana berjaya menjadi warga ilmuan di menara gading
ini. Semoga saudara dan saudari akan terus mencipta kejayaan akademik
di universiti dan seterusnya menjadi generasi muda pewaris negara yang
boleh menjadi pengganti kepimpinan negara di masa hadapan.
Sekian, Terima kasih.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
(Source: http://www.1malaysia.com.my)
No comments:
Post a Comment