Showing posts with label wesak day message 2013. Show all posts
Showing posts with label wesak day message 2013. Show all posts

Monday, 27 May 2013

Prime Minister’s Official Message In Conjunction With Wesak Day Celebration 2013

Bahasa Malaysia:

Saya telah mula melihat para sukarelawan melakukan persiapan sempena perayaan Hari Wesak yang mengingati kelahiran, kesedaran dan kematian Gautama Buddha. Di seluruh Malaysia, kuil-kuil akan mengadakan pelbagai aktiviti dan para penganut Buddha akan menyertai upacara keagamaan itu dalam suasana penuh harmoni. 

Saya sentiasa berharap agar kita semua rakyat Malaysia mengenepikan perbezaan dan bersatu demi kebaikan kita bersama. Railah Hari Wesak bersama jiran-jiran, pasangan, keluarga, anak-anak dan ibu bapa kita dalam suasana harmoni. 

Pada Hari Wesak ini, saya berharap rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan kepercayaan agama supaya bersatu. Hari demi hari kita semakin hampir mencapai matlamat kita bersama iaitu Wawasan 2020 yang hanya boleh dicapai menerusi semangat perpaduan di antara kita. Sudah pasti kita akan menghadapi pelbagai cabaran dalam tahun-tahun mendatang ini tetapi saya yakin, kita mampu mencapainya.

Dengan itu, saya ucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di Malaysia.

Perutusan Perdana Menteri Sempena Perayaan Hari Wesak 2013 | 1Malaysia.com.my